KURSUS SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAM-BUILDING)

METHOD

Ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play, demonstrasi,

PESERTA

Ianya boleh datang dari kumpulan pengurusan sahaja atau kumpulan sokongan sahaja dan boleh juga kita gabungkan peserta dari dua kumpulan ini.
Kami juga mempunyai kumpulan pakar yang boleh mengendalikan kumpulan dari pelajar sekolan dan universiti.

OBJEKTIF

Memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Memperkasakan kemahiran kepimpinan. Berkomunikasi secara berkesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan. Membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat.

TARIKH/MASA

Bagi kursus untuk kursus 'in-house' kami lebih fleksibel dan buka ruang perbincangan untuk mencapai persetujuan bersama.

JANGKA MASA

Bagi kursus team building ianya boleh dilakukan untuk tempoh sehari, dua hari atau 3 hari.
Kami akan membentangkan modul yang terbaik untuk jumlah bilangan hari yang dipilih oleh pelanggan kami.

FAEDAH

Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan lebih erat silaturahim antara sesama rakan sekerja. Menanam semangat sayang dan setia kepada organisasi. Menyedari kepentingan sifat integriti dalam pekerjaan. Berkomunikasi dengan lebih harmoni di tempat kerja.

Motivasi Dan Semangat Kerja Berkumpulan

Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam sesebuah organisasi sangat dituntut oleh pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Untuk mencapai tahap yang diharapkan ini modal insan yang berkualiti dan produktif amat diperlukan kerana hanya modal insan seperti ini sahajalah yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi. Setiap ahli dalam organisasi tidak kira sama ada pengurus atau pekerja perlu membina perpaduan dan persefahaman bagi menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Bagi merealisasikan keadaan seperti ini pembinaan pasukan kerja yang mantap perlu diwujudkan dalam organisasi tersebut .

Oleh itu, kami di kursusmotivasi.com mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan kaedah Effective Learning Activities (ELAS). Kaedah ini menggunakan aktiviti-aktiviti dan ‘games’ yang dijalankan sebagai tools dalam sesi latihan. Peserta akan melalui pengalaman di dalam setiap aktiviti dan games yang dijalankan dan mendapat pembelajaran melaluinya atau lebih dikenali sebagai learning by doing atau fun learning dan lebih seronok dalam menjalani latihan. Di akhir setiap aktiviti dan games, peserta akan mengupas atau melakukan debrief dengan mengaitkannya dengan subjek yang sedang dibincangkan. ELAS juga membantu peserta merapatkan jurang antara peserta dengan aktiviti dan games yang dijalankan mengikut kehendak, keperluan dan gaya generasi kini.

MOHON SEBUTHARGA UNTUK KURSUS SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING)

MOHON SEBUTHARGA DAN PROPOSAL KURSUS
Close Menu