KURSUS

PERUNDINGAN BERKESAN

TEKNIK NLP DAN HIPNOTERAPI

komunikasi berkesan

Dengan memiliki kemahiran komunikasi serta teknik perundingan yang betul, seseorang individu akan mampu terampilkan nilai-nilai positif yang ada dalam diri mereka seperti kepintaran berfikir, kreativiti, idea yang bernas serta kewibawaan dalam setiap urusan yang mereka berhadapan.

Negotiator yang baik bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, individu itu dapat mewujudkan keputusan menang-menang,
disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasinya.

20140719_083928

Kami Komited

TRAINER/JURULATIH

Trainer/jurulatih kami merupakan individu yang berada dalam industri masing-masing serta berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang berkaitan. Mereka mempraktik setiap ilmu dan teori/teknik yang dikongsikan sepanjang kursus dan perundingan. Kajian kes yang dibawakan juga merupakan kes yang sebenar dan kes yang dirujuk di ‘klinik perundingan’ kami. Ianya sentiasa dikemaskini bagi memastikan pengisian sentiasa yang terkini dan seiring perkembangan semasa.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah menghadiri program ini, para peserta seharusnya dapat:

  • Menerangkan teknik/kepentingan komunikasi dalam perundingan;
  • Menyenaraikan sikap dan tabiat yang perlu dihayati dan diperbaiki ke arah menjadi anggota organisasi dan insan 
  • Mengamalkan beberapa teknik dan tabiat yang produktif, berkualiti dan mulia;
  • Teknik mewujudkan situasi menang-menang dalam perundingan
  • Mengenalpasti beberapa halangan utama kecemerlangan diri serta langkah-langkah untuk mengatasinya;

KAEDAH KURSUS

Program yang menarik, penuh dengan interaksi, cabaran dan aktiviti dapat memberi pembelajaran dan kesan optimum.

  • Perbincangan
  • Aktiviti Mencabar Fizikal & Minda
  • Simulasi & ‘Role Play’
  • Kajian Kes
  • Video & Audio
  • ‘Reward & Award’
  • Pembelajaran di dalam dan di luar bilik kuliah (indoor- outdoor)
  • Kaedah Pembelajaran yang Ceria dan Gembira

SASARAN PESERTA

  • Pegawai/Pengurusan
  • Kumpulan sokongan
  • Kumpulan/Pegawai pemasaran

TEMPOH KURSUS

Bagi kursus ini ianya boleh dilakukan untuk tempoh sehari, dua hari atau 3 hari. 
Kami akan membentangkan modul yang terbaik untuk jumlah bilangan hari yang dipilih oleh pelanggan kami.

TARIKH DAN MASA

Bagi kursus ‘in-house’, kami lebih fleksibel dan buka ruang perbincangan dengan pihak penganjur untuk mencapai persetujuan bersama. Ini bagi memastikan keberkesanan dan kepuasan pelanggan kami

MOHON SEBUTHARGA DAN PROPOSAL KURSUS